Selamat Datang ke Blog "My Premium Beautiful Corset" ~~ Jom Order ~~

Khamis, 11 Ogos 2011

SENANG KE BERNIAGA??????

Assalamualaikum,

pernah dengar org cakap, bukan senang nak senang??? haaa...mmg betul pepatah tu...bukan senang nak senang....pelbagai dugaan dan cubaan yang perlu di tempuhi.......insya-allah, ...apa yang paling penting ialah mental..duit tak cukup tu semua boleh cari, tapi kalau mental tak cukup kuat, mmg bungkus cepat lah....

kenapa mental kena cukup kuat? selain kena hadapi tekanan pasal perniagaan,  pasal orang sekeliling pun banyak tekanan nya...ye lah..kadang2 orang tak senang tgk kita senang...kalau ada lebih dan berbelanja lebih sikit, orang dengki, ada jugak orang yang mmg tak nak beli barang kita sbb orang kata kita dah kaya, orang lagi sanggup pegi beli kat cina dari beli kat sesama kita...kenapa? sbb orang tak senang tgk kita senang, tapi orang tak tau, penat lelah kita usaha, kita bekerja di waktu orang lain nyenyak tido, kita bekerja di waktu orang lain bercuti, orang tak tau...tapi, itu lah manusia namanya....

kalau berniaga, jgn lah kita harap sangat kawan2 akan bagi sokongan kat kita....mungkin ya, mungkin jugak tidak...tepuk dada, tanya selera....kat situ kita tau, dalam kelompok kawan mcmana yang kita hidup kan....tapi tak semua mcm tu...ada jugak kawan2 yang bagi sokongan sepenuhnya...ada yang sanggup beli barang kita walaupun tak de kena mengena dgn dia...sampai kita pun naik segan dibuatnya...

pendek kata, kalau nak berniaga, kita kena berdikari, tak boleh mengharapkan belas ihsan orang...kita kena usaha, apa orang nak kata, katalah...kalau dia kata pun, kita bukan sakit pun kan...at least kita ada usaha memajukan diri, tapi dia....tinggal lah dgn perasaan dengki mendengki...huwa.aaa..kesian dia kan...

lagi satu, dgn competitor....kalau saya, saya tak ingin nak bermusuh dgn competitor terutama sesama islam, bagi saya, peniaga2 islam melayu terutamanya kena la bersatu hati, buat persatuan untuk memajukan diri, tapi apa yang saya tgk lain...org melayu ni, ada perniagaan sikit mula la nak belagak, jiran2 tak nak tegur dah, lalu dpn kedai kita kemain lagi masam muka....ada pulak, bila kita lalu depan kedai dia, siap pekerja2 dia jeling tgk kita...haiii..ni ke menggambarkan orang islam? mcmana orang melayu nak maju kalau tak bersatu??? tak usah la dengki mendengki, kan Allah dah berjanji setiap manusia ada rezekinya...kenapa perlu takut??? itu belum lagi yang guna ilmu2...nauzubillah....

kalau persediaan mental kita cukup untuk berniaga, insyaAllah, masalah lain tu dapat kita atasi, yang penting kena yakin, rajin berusaha, tabah dan jgn cepat putus asa.......doakan saya yeee....semuga sy berjaya....insya-allah.....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Blog Ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Right Reserved