Selamat Datang ke Blog "My Premium Beautiful Corset" ~~ Jom Order ~~

Rabu, 2 November 2011

Info Sharing : Luasnya sedekah itu...



BANYAK kategori sedekah. 
Tapi lazimnya bila perkataan sedekah dikeluarkan daripada mulut yang tergambar hanya berupa pemberian wang atau makanan kepada mereka yang berhak menerimanya. 
Tidak lebih dari itu. 
Hakikatnya , pergertian sedekah itu lebih luas. 
Ia termasuklah mengucapkan zikir Alhamdulilah (tahmid), Subhanallah (tasbih), Allahuakbar (takbir), Lailahaillallah (tahlil), Astaghfirullah (istighfar) membaca al-Quran dan lain2 zikir yang dikategorikan sebagai sedekah. 
Dengan erti kata lain, apa sahaja perkara baik yang dilakukan serta mencegah perkara yang mungkar, maka ia dianggap sedekah. 
Hatta menyalurkan syahwat kepada yang halal juga sedekah. 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap ruas tulang manusia (anggota badan manusia) wajib atasnya sedekah setiap hari selama matahari masih terbit. 
Engkau mendamaikan dua orang (yang berkelahi) adalah sedekah, menolong seseorang dengan membantunya menaiki kenderaan atau mengangkatkan barangnya keatas kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kaki yang dihayun untuk solat adalah sedekah dan engkau membuang sesuatu yang menyusahkan di jalan adalah juga sedekah."  Justera, tunggu apa lagi?
Ayuh!  Jangan lepaskan peluang ini.

Source : AL ISLAM



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Blog Ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Right Reserved